RSS

Senarai kerja-kerja yang tak popular tapi sangat masyuk...


Kerja, kerja kerja. Tak kerja tak boleh hidup. Sejak kecil lagi kita dari didik untuk cari kerja bagus. Belajar pandai-pandai. Dapat kerja elok. Balas jasa ibu bapa. Kita pun usaha belajar sungguh-sungguh. Agar dapat kerja bagus. Nak gaji besar. Nak rumah besar. Nak Jadi Orang berjaya. Nak di hormati dan kaya raya. Tapi betul ke semua tu?.

Bila masuk U kita rasa kitalah paling pandai. Seronok sungguh. Semua orang pandang tinggi. Tambah-tambah kalau kita duk kat kampung. Masuk U mak ayah rasa harga diri tinggi melangit. Bangga. Anak aku masuk U. Tambah-tambah kalau kos yang hebat-hebat. Engineering ke apa. Best gila masa tu. Duk U pun best. Ada PTPTN. Ada ramai kawan. Ada ramai awek lawa. Tahun pertama biasalah senyap je. Awek pun tak lawa. Tahun kedua ketiga. Mulalah ulat bulu merayap. Mula terasa gatal. Gatal tangan. Heheh.. awek-awek pula mulalah try produk tu produk ni. Solek sehabis baek punya nak gi kelas. Cantik bangat dong.. Qu puteh bapak puteh semua try. Mau tak cantik. PTPTN habis ikut tu je. Lelaki guna buat beli phone dan belanja awek. Awek guna buat beli produk kecantikan.

Lepas keluar U, Kita mula menapak. Cari kerja. Masa ni rasa hebat juga. Maklumlah CGPA tinggi. Rasa kalau kita pergi temuduga tu semua orang nak ambil lah. Kan?. Rupanya impian berbeza dengan realiti. Bila masuk je temuduga. Di tanya pasal pengalaman. ER....mulalah menggelabah nak jawab. Saya tak ada pengalaman. Cikgu saya @ lecturer saya tak cakap pun kena ada pengalaman kerja baru leh apply. Katanya sijil tinggi dah okay dah. Saya percaya bulat2 selama ni. Tak okay ke?.

Baru tahu langit tu tinggi. Segulung ijazah belum tentu menjamin sesuap nasi. Pergi temuduga tu, pergi temuduga ni. Habuk pun tarak. Usahkan nak panggil, masa interview lagi dah kena suruh keluar. Attitude tak okay kata penemuduga. Tanya lain jawab lain pun masalah juga. Masalah utama, tak pandai english. Haru jawabnya.. heheh. Lama-lama dah putus asa. Kerja tak ada. Awek tinggal nama. PTPTN kena bayar pula. Macam jatuh di timpa tangga. HUHU.. naya..

Banyak mengarut pula saya ni.. tak kisahlah. Sekadar intro. Betapa fikiran kita anak muda, anak melayu terutamanya. Terlalu tipikal pasal kerja dan masa depan. Bila dah gagal dalam pelajaran atau gagal dapat pekerjaan yang di impikan. Mula putus asa dan lebih teruk, salahkan TUHAN. Salahkan Takdir, Qadar dan Qadar. Cubalah fikir ke depan. Fikir luar kotak. Orang cina relaks je jadi jutawan. Belajar sekolah biasa-biasa. SPM pun tak ada. No hal punya. Aneh kan?.

Mana semangat Melayu?. Tanah kita milik kita. Di mana bumi ku pijak. Di Situ langit ku junjung. Dan sebagainya?. Mana?.

Jangan cepat sangat putus asa. Banyak lagi peluang dan ruang untuk kita teroka. Gagal sekali bukan gagal selamanya.



Di sini saya senaraikan jenis-jenis pekerjaan yang tak popular tapi sangat masyuk. 4 angka sebulan tu main-main je. Berniagalah. Pertama, kena yakin rezeki di tangan Allah.

1. JUAL BURGER

Kerja ni paling senang. Berbekalkan sedikir kemahiran dan modal. Anda boleh mulakan dengan berniaga burger kecil-kecilan tepi jalan. Untung bergantung pada anda. Nak lebih letak sayur lebih, sos lebih dan letak harga mahal sikit. Special katakan :) .Tapi lengkapkan diri dengan ilmu perniagaan dulu. Ambil lesen. Niaga sekarang tak mudah macam dulu. Apa pun, paling penting kalau nak mulakan perniagaan. Cari lokasi bagus. Kena ingat 3 perkara. Lokasi, lokasi, lokasi. Yang lain insya Allah follow kemudian. Resepi?. Asal sedap okay lah. Orang lain pun ada resepi masing-masing juga. Tapi lokasi memang memainkan peranan utama. Kalau kedai tetap, cari corner lot atau paling tepi. Kalau jalan cari tepi jalan utama atau simpang tiga. Kejap je ramai pelanggan. Tak percaya cuba.

2. JUAL NASI LEMAK


Jual nasi lemak pun sama. Senang sangat. Ada resipi bagus. Ada tempat sesuai. Letak je meja kecil. Dah boleh start meniaga. Kalau tempat tumpuan ramai macam LRT ke depan pasaraya. Memang masyuk sangat. Kejap je Habis. Setakat nak RM600 sehari tu dalam tangan lah. Siapa kata jual nasi lemak tak untung?. Tapi bergantung pada situasi. Mesti sedap dan murah. Mesti ramai orang beli. Nak lebih untung, pakai baju spiderman. Jual sambil selfie. Mesti ramai gi beli. Kan?. hehe.

3. JUAL KOPI O TEPI JALAN
Jual kopi O tepi jalan ni sebenarnya memang popular dah kat luar negara. Nak mulakan perniagaan pun cukup mudah. Modal sangat kecil. Tapi kerja sangat senang dan tak perlukan masa lama. Biasa orang akan mula jual kul 6-9 pagi. Pergi lambat memang habis lah. Letak kopi o, sikit sandwich. Duk pula tepi jalan utama. Memang akan jadi persinggahan sebelum pergi kerja. Nak lebih laris, bawa awek cantik atau memang awek cantik pun. Cuba start jual. Memang ramailah abam-abam hensem singgah. Hehe. Kalau tak cantik. Tak ada masalah. kena kreatif sikit. Jadi Deadpool macam di atas. Ramai singgah sambil selfie. Spiderman jual nasi lemak, deadpool jual kopi. Meriah betul malaysia ni. Hehe.


4. JUAL ONLINE-FB

Yang ni rasanya tak perlu di perkenalkan lagi. Memang ramai orang buat bisnes online ni. Ada 3 cara nak mulakan bisnes online. 1. Jual sendiri. 2. Dropship. 3. Affiliate. Kalau jual sendiri kena pandai cari research produk-produk terkenal atau yang kita rasakan ada kekuatan sendiri. Cari yang belum ramai lagi jual. Add banyak-banyak group. Post je ke setiap group. Cuma letih sikit. Orang malaysia suka PM. Bila PM tak balas. Apa boleh buat. Sabar je lah. Memang untung sangat. Kalau ada modal buat je sponsored ads. Cuma kalau produk kesihatan kecantikan agak susah sikit ads nak approve. Kena pandai main ayat. Kena belajar sikit-sikit lah dengan orang lama. Memang untung banyak sangat. 3-4 angka sebulan main-main je.

Kerja main FB dan ke pejabat pos je. Kalau tak ada modal boleh try affiliate dan dropship. Jual produk orang lain. Tapi untung sikit. Cuma kalau pandai. Untung besar. Sebab sangat senang. Kalau dropship cuma ambil order dan order dengan penjual. Tak perlu pos. Tak simpan barang. Affiliate cuma pastekan link. Orang masuk dapat duit. Mana-mana pun, buat research dulu. Tengok kekuatan kita kat mana, dan cari syarikat yang boleh di percayai. Semoga berjaya. :)

5. JUAL KERETA

Jual kereta mungkin pekerjaan yang kurang popular dan tak ramai berani join. Mungkin sebab tak ada gaji basic kot. Saya tak pasti. Yang saya tahu, jual kereta sekarang dengan perkembangan internet, sangat senang. Boleh iklankan aja di mudah.my. Tunggu orang contact. Bagi segala maklumat di wasap atau email. Uruskan bagi pelanggan. Siap. Kalau loan lulus, pelanggan dapat kereta, kita dapat komisen. Memang masyuk sangat kerja ni. Tengok je penjual kereta, semua kereta besar dan rumah besar. Income mungkin puluh ribu sebulan. Rugi tak cuba.

6. JUAL INSURAN

 Jual insurans antara kerja paling tak best dan paling tak ramai melayu masuk. Tapi inilah kerja yang paling masyuk dalam dunia. Saya ada kawan jual insurans. Dia boleh buat target RM500000 dalam masa setahun. Gila kan?. Memang loaded sangat. Sebab setahu saya, bila kita jual insurans, kita boleh makan hasil jualan setiap pelanggan untuk tempoh 5 tahun, sebelum syarikat ambil alih. Maaf ya tokey insurans kalau silap. Tapi katakan ada orang masuk RM300, kita dapat RM300 tu sampai 5 tahun. Setiap seorang. Bayangkan kalau ada puluh-puluh atau ratus2 orang masuk. Dan sekarang kesedaran insurans nyawa sangat tinggi di kalangan rakyat Malaysia. Susah kalau sakit demam tak ada insurans. So peluang jana pendapatan sangat tinggi. Cuma mungkin ramai tak suka kena jumpa client, kena pergi banyak tempat. 90% agen insurans yang kaya kat Malaysia ni cina. Sebab orang cina suka beli insurans. Tapi apa salahnya kalau Melayu juga cuba, asal usaha pasti berjaya.Yakin pada Allah

7. JUAL SIMKAD-MASUK TONE EXCEL.


Ha, yang ni saya minat. Sebab saya pun masuk. Malah rasanya 90% yang masuk Tone excel ni adalah melayu. Kenapa? Sebab Melayu dari dulu suka MLM. Dari masuk MLM merapu labur besar-besar tapi tak dapat duit. Baik beli 1 simkad tone excel dan start jana pendapatan. Tone excel di zaman kegemilangannya telah menghasilkan ramai jutawan.

Semua melalui komisen top up. Kita dapat 6% level 1, 3 % level 2, dan 11% level 3. Kalau level 3 ramai, memang best sangat. Bulan-bulan tunggu je duit masuk. Sampai puluh-puluh ribu tak pernah miss. Ada lagi bonus fast track. Setiap yang beli simkad bawah kita, kita dapat lagi RM 20 satu simkad. Cuma sekarang susah nak suruh orang masuk. Sebab mungkin dah ramai sangat agen tone excel dan tak ramai minat kerja cari orang.

Tapi sebenarnya ada cara sangat mudah lagi. Tone excel auto downline. Dapat downline automatik hanya dengan pastekan link. Yang ni masih baru. Tak ramai lagi masuk. Mudah sangat, copy paste sambil main FB. Saya pun masuk. Saya anggap macam menabung. Sambil main FB pastekan link. Tambah 1 demi satu downline. Mudahnya ianya automatik. Mereka perlu masuk dan register, lain-lain upline kita uruskan. Kita duk di rumah je. Kadang-kadang dapat juga downline percuma dari spill over. Memang senang sangatlah. Rugi tak cuba. Nak tahu lebih lanjut?.

Baca sini. register percuma je. >>>


http://autotoneexcel.blogspot.my/2016/03/sistem-autodownline-tone-excel-dapat.html

  #Keyword: Buat duit online, buat duit dari rumah, kerja dari rumah.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment