RSS

Buat Duit Online: Jana Pendapatan dari laman web yang tak di sangka

Gambar sekadar hiasan.

Kerja online dari rumah: Jana pendapatan dari laman web yang tak pernah anda sangka

Salam. Selamat datang ke blog saya. Blog ini sebenarnya fokus untuk mendedahkan anda tentang cara buat duit online. Tak kisahlah kerja ke, bisnes ke, servis ke. Asalkan boleh buat duit. Maka saya sebolehnya akan menulis serba sedikit bagi mendedahkan rakyat Malaysia tentang cara buat duit online. 

Sebelum tu, ada berapa banyak artikel tentang buat duit online yang telah anda baca?. Sejuta?. 2 Juta?. Kalau kita search google penuh dan jenuh membaca tentang cara buat duit online dengan pelbagai macam dan kaedah. Ada yang kita dah cuba, ada yang belum. Ada yang kita teringin nak cuba tapi takut-takut. Dah, cukuplah tertipu. Kebanyakannya hanyalah taktik jualan agar anda terpengaruh, agar anda sertai apa yang mereka tawarkan. Sertai seminar, webminar, latihan atau cara-cara lain untuk mendapatkan wang kadang-kadang haram di sisi undang-undang, tapi mereka akan gula-gulakan anda dengan penuh licik agar anda terpedaya. Bila dah masuk, susah nak keluar. Elakkkan. Lebih baik cari ilmu dulu sebelum masuk apa-apa. 

Semua "Guru-guru" penipu ni lah yang membuatkan "cara cari duit online" menjadi sukar, mendapat nama buruk. Orang jadi sangat takut untuk mencuba buat duit online lagi. Walhal, sebenarnya buat duit online bukanlah sesukar mana. Malah ramai yang menjadi jutawan online. Buktinya, orang yang buat seminar tu pun kaya raya kan?.

Sebenarnya terdapat banyak cara untuk buat duit online. Cara yang sah di sisi undang-undang. Kurang risiko di tipu. Tapi cara ni semuanya bukanlah jalan untuk kaya cepat. Tapi hanya sekadar cara terkini cari duit online gaya moden.

Kebanyakkannya merupakan cara buit duit yang memerlukan anda memberikan tumpuan khusus dan dedikasi tinggi sebelum berjaya. Percayalah. Bukan mudah untuk berjaya. Online mahupun offline. Kena kuatkan semangat. Bulatkan tekad. tetapkan matlamat. Sekiranya anda ingin mulakan langkah buat duit online semua ini perlu ada. Wajib ada.

Saya ingin memberikan anda tips bagaimana buat duit online. Tapi memandangkan semua tips ini adalah sah di sisi undang-undang. Maka anda dahulu kena pastikan diri anda mengikut peraturan dan tidak melangggar undang-undang sewenang-wenangnya. Atau mempunyai niat menjadi scammer. Jauhkanlah fikiran ni. Tak ke mana anda nanti.

Sebenarnya sebagai orang baru dalam dunia online. Saya sarankan anda bermula dengan kerja online. Kerja online tak susah. Sama macam kerja biasa juga. Cuma beza hari-hari menghadap komputer. Pastikan rumah anda ada bekalan elektrik cukup dan tak terputus ya. Juga internet 24 jam. Guna celcom burung hantu pun boleh ( bagi yang kerja dengan client luar negara elok sangat sebab sana siang sini malam), cuma pastikan data cukup. Susah kalau data tak cukup.

Kebanyakan kerja online interviewnya di jalankan dalam skype ya. Sebelum apa-apa install dulu senang kemudian terus kerja.

Di sini saya senaraikan laman web-laman web atau tempat mencari pekerjaan online yang tak pernah anda sangka. 

Indeed.com- Laman web ni sebenarnya laman untuk mencari kerja offline atau kerja biasa. Tapi anda juga boleh mencari kerja dari rumah di sini. Hanya taipkan "kerja dari rumah", "work from home", "homebase" atau "malay home". Anda pasti terkejut sememangnya ada kerja yang di tawarkan untuk kita buat duit dari rumah. Kerja tetap dan gaji lumayan pula tu. Saya dah cuba. Percayalah memang ada.

Mitula.my- Web ini pun sama. Cari kerja. Cuma memang ada kerja dari rumah untuk anda lakukan. Hanya taip kata kunci seperti di atas. Hanya taipkan "kerja dari rumah", "work from home", "homebase" atau "malay home"

Mudah.my- Ha, ni web terkenal untuk jual barang. Tapi jangan terkejut kalau ada kerja online dari rumah untuk di lakukan. Search sama seperti di atas. Hanya taipkan "kerja dari rumah", "work from home", "homebase" atau "malay home"

Maukerja.my- Juga laman web cari kerja terkenal. Hanya taipkan "kerja dari rumah", "work from home", "homebase" atau "malay home" Atau lihat di category part time. Anda mungkin mendapat banyak peluang perkerjaan dari rumah yang boleh di lakukan.

Part Time Post- Ini pun laman web cari kerja juga. Tapi ia lebih memberikan penumpuan kepada kerja part time atau kerja dari rumah. Sememangnya khas untuk mereka-mereka yang ingin mendapat peluang pekerjaan dari rumah.

Sebenarnya banyak lagi laman web lain sekiranya anda rajin mencari. Nasihat saya jangan terpengaruh sangat dengan tawaran buat duit dari rumah yang menawarkan ganjaran lumayan. Elok ambil kerja dari syarikat-syarikat yang kita rasa boleh di percayai sahaja.

Namun apa sahaja kerja yang anda lakukan. lakukan dengan penuh amanah. Bersikap profesional. Berintegriti. Serius. Sekiranya di panggil temuduga online sekalipun. Layan bakal bos anda sebagaimana anda hadapi interview di luar. Jawab soalan yang di kemukakan tanpa penjelasan mengarut yang berjela-jela dan jadi diri sendiri. Apa pun saya ucapkan selamat berjaya. :)

Sekiranya ada di antara anda yang malas mencari di web yang saya maksudkan di atas. Saya dah sediakan satu link perkerjaan menarik untuk anda lakukan dari rumah. Hanya untuk rakyat Malaysia sahaja ya.Jangan bimbang, kerja ni selamat kerana saya juga buat. Kerajaan approve. So tak yah risau.

Baca sini >>>>



http://autotoneexcel.blogspot.my/2016/03/sistem-autodownline-tone-excel-dapat.html

  #Keyword: Buat duit online, buat duit dari rumah, kerja dari rumah.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment